Sejarah Penubuhan Koperasi

Perjumpaan Alumni
Pertemuan bekas pelajar Sekolah Menengah Munshi Ibrahim Labis tahun 1980 hingga 1984 dan Sekolah Kebangsaan Felda Tenang tahun 1974 hingga 1979 iaitu dilahirkan pada 1967 Felda Tenang, telah diadakan di Dewan Semai Bakti Felda Tenang pada 28 Nov 2015.
Penubuhan Koperasi
Hasil dari perbualan sesama rakan, semua bersetuju untuk mengeratkan semula hubungan dengan menubuhkan koperasi. Koperasi Smilian Felten Johor Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2017.


Inap Desa
Setelah menghadiri kursus Inap Desa di Institut Koperasi Malaysia di Petaling Jaya, Smilian memutuskan untuk menceburi bidang ini. Pada 2018 sebanyak 12 rumah telah berjaya didaftarkan dibawah koperasi hasil dari pemeriksaan awal rumah ke rumah.
Inap Desa Ditubuhkan
Pendaftaran terkini terdapat 31 rumah dengan 70 bilik yang berdaftar dengan koperasi melibatkan Felda Tenang (25), Pekan Air Panas (2) dan Kampung Tenang (5). Ia mampu menampung 70 kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Antaranya:
1. Discovery Darul Takzim sempena Tahun Melawat Johor / Malaysia 2020.
2. Pencalonan Desa Lestari 2019 dan Asean Standard Homestay 2022


Produk
Selain dari inap desa, terdapat produk-produk kraft tangan seperti rotan, gasing, barangan kulit serta aktiviti pelancongan. Terdapat air terjun 8 tingkat, kolam air panas, sungai-sungai dan juga aktiviti jungle tracking / hiking.